![]() |
| My 1st School (pre-school and primary school) |
Back to School
5.2.2012, setelah 18 tahun meninggal tempat pertama aku menimba ilmu, akhirnya aku kembali menziarahmu wahai "madrasah". Sekolah Kebangsaan Seri Layang, Genting Highlands, Bentong, Pahang. Terima kasih kepada En.Suami yang sanggup melayan kehendak aku untuk singgah ke sekolah. Walaupun matahari sudah mula menunjukkan dirinya, suasana di sekolah tetap damai dan dingin. al maklumlah, tanah tinggi la katakan..
![]() |
| kalau ada pak guard, memang aku minta permission untuk masuk |
Pintu pagarnya berkunci. Rasa mahu saja aku terjah masuk. mmmmm...yang bestnya, setelah 18tahun, kedudukan kelas tetap sama. tadikaku masih di tingkat bawah, sebelah kantin, kelas darjah 1 hingga 6 masih di tempatnya sejak 18tahun yang lalu...ohhhhh sekolah betapa aku rindukan kamu. Tempat yang paling aku suka juga masih di tempat lama, Library..Di sekolah inilah aku belajar membaca, mengira, menulis, menyanyi.
Teringat waktu hari pertama aku mula2 masuk ke tadika 6 tahun, abah tinggalkan aku sorang2. Abah dan mak orang lain semua tunggu anak2 diorang sampai habis sekolah pukul 11..Tapi aku, abah tinggalkan sebaik saja aku masuk kelas. Abah bagi duit RM 25.00 sebagai yuran. Abah suruh aku bayar sendiri yuran pada cikgu, aku sedih tapi aku tak nangis. Sebab aku kan kak long. Kak long tak boleh nangis. Murid lain semua abah diorang yang uruskan yuran, tampat duduk, teman diorang waktu rehat dan sampaila waktu balik. Aku pandai2la bawak diri. Tapi bila aku kenang balik sekarang, baru aku tahu, dari awal abah dah ajarkan aku berdiri di kaki sendiri. terima kasih abah sebab ajar "orang" jadi seorang yang berani..
di sekolah inilah, aku belajar hafal sifir, belajar apa itu gotong-royong dan yang paling aku tak boleh lupa, sentence english pertama yang aku belajar iaitu " excuse me teacher, may i go out to the toilet, please"..ape maknanye pun aku tak tahu mase tu..yang aku tahu, asal nak ke toilet je kena cakap ayat tu..hahahah...so cute..perasan!!
di sekolah inilah aku belajar nasyid..lagu pertama yang aku nyanyi adalah "ibu mithali"..hahahah..entah manala gambar waktu persembahan tu. yang aku ingat, aku pakai baju kurung biru, tudung putih.. tudung tu kedepan sangat dengan anak tudung yang londeh sampai ke kening, dengan hitam meramnya...huuuuhhhh...hahahahha..kelakarnye muka aku mase tu.. tapi gambar tu hilang.
di sekolah inilah juga aku diajar menari untuk persembahan akhir tahun. Darjah 2 masa tu. Abah cerita, masa aku dok buat persembahan, ada bapak orang duduk sebelah abah aku, orang tu siap menggelakkan dan cakap " anak sapela yang menari keras betol tu?" abah diam je..rupenye anak abah.akula tu..sesuka hati pakcik tu mengata aku..hhihiihi...sweetnye moment itu!!kalaulah boleh diulang semula.
Buat guru2 aku, cikgu baharudin bin che ros, cikgu farizatul akma, cikgu zainal dan cikgu2 yang lain, aku sangat berterima kasih atas ilmu kalian. aku antara prototaip cikgu yang menjadi insan yang berguna.."saya dah jadi orang,cikgu"
buat kawan2, Lim Su Yen, Syazana Nordin, Pamela lim Eei Leng, Hakim, Rushdi, Noremiliawatie, Norhayati dan lain2 murid tahun 1 hingga 3 1992 hingga 1994 ...aku sangat rindukan kamu semua..
Semoga sekolah aku satu hari nanti akan jadi sekolah yang terbilang dengan melahirkan anak2 bangsa yang menjadi insan berguna untuk Agama, bangsa dan negara...amiiiinnnnn...
![]() |
| masjid tak jauh dari sekolah. Dah meninggal kut agaknya pakcik bilal dulu tu |
![]() |
| pemandangan dari masjid. Nampak PAGODA near to Genting Highlands |
![]() |
| Ini adalah anak kepada "riang-riang"..bunyinya sangatla kuat. xpadan dengan saiz badan dia |





No comments:
Post a Comment