Tuesday, February 28, 2012

betapa teringinnya nak makan nasi minyak org kawin

tak de ke siapa2 yang nak kawin n nak menjemputku dalam waktu terdekat ni?

sejak kecil aku memang ada habit suka sangat nak pergi majlis orang kawin. Benda yang paling aku suka adalah nasi minyak di majlis orang kawin dan juga bunga telur. tapi zaman sekarang dah jarang orang bagi bunga telur. Bunga telur slalunya hanya untuk org yang do the merenjis2 part.kluarga terdekat n sahabat terdekat dengan raja sehari tu sekarang ni. mungkin sebab orang sekarang xtahu apa tujuannya org dulu2 bagi bunga telur. aku pun baru tahu :)

dikhabarkan, telur yang diberi tu adalah lambang "kesuburan" pasangan yang berkahwin tu dan semoga tetamu yang hadir pada majlis pkahwinan pasangan tersebut akan mendoakan semoga pasangan tu mendapat zuriat..sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang tahu.

Orang sekarang bnyknya bagi "Goodie bags" yang dalamnya ada mcm2 tapi jarang sangat nak jumpa yang bagi telur.huuuu!!!! mereka tak tahu, ade seorang tetamu yang mengharap sgt telur diberikan. iaitu aku..makan dengan kicap..pergghhhh rasanya mmg xtercakap..tak percaya cubala buat..rasanya xsama dengan telur rebus biasa yang boleh dibuat di rumah/order kat kedai..

Berbalik kpd tajuk, nasi minyak orang kawin..apa yang special sgt??mungkin ada yang tertanya. Apa yang sedap sgt. Ade je kedai makan biasa yang jual nasi minyak, tapi xdapat menandingi rasenya di rumah org kahwin..mungkin sebab yang memasak tu adalah orang-orang kampung/jiran2 yang semangat gotong-royong dan keikhlasannya diadunkan dalam nasi minyak tu  yang membuatkan ianya sgt sedap. Di kampung aku, ade seorang pakcik "pak uteh" namanya, setiap kali orang kwin dekat kawasan kg aku tu, die akan diiport khas utk masak nasi minyak dan gulai2 lain.. xde nasi minyak setanding nasi minyaknya. Aku harap pak uteh akan turunkan ilmu masakannya kepada anak2 muda di kampung aku, supaya kelak, rasa nasi minyak original itu akan masih dapat dirasa.


Wedding Nashrim..Sedapnya lauk kenduri kat sini.

Disebabkan sangat teringin dengan nasi minyak, pernah sekali tu aku sanggup ke Bagan Nakhoda Omar (Sabak Bernam) semata-mata nak makan nasi minyak kwn pejabat aku kawin, Nashrim.. Punyalah gigih, nasi minyak punya pasal, 3 jam perjalanan xjadi masalah. tapi balik tu aku singgah di rumah nenek belah mak aku di Sungai Besar sambil membawa suamiku menziarahi nenekku untuk kali pertamanya. dan pertama kalinya dia masuk sawah bendang..sambil menyelam minum air jugaklah kiranya ni.



En. Azman Tumir yang 1st time masuk bendang :)


he loves nature so much..

mak, abah, baby itam, nina, mummy fuad, fuad and abg

aku dan dirimu



No comments:

Post a Comment