Inilah wajah2 yang pernah melewati hari-hari indahku
merekalah teman dan sahabat yang sentiasa ada tiap waktu
mereka jugalah yang sentiasa menghulurkan tangan saat aku hampir jatuh
mereka juga yang akan push aku ke depan utk aku menjadi aku hari ini.
2 Januari 2009. Hari report duty di Istana Kehakiman. Ohhhh....mcm mana aku nak menghadapi hidup aku di sini?? da la aku xkenal sangat 2 yang lain. Nadia dan Asfahani??? Yang aku tahu, Nadia budak UITM, Kak Asfahani (ani satria neo) ex- uia. x pernah nampak pulak mase di UIA.
Nadia ni nampak mcm typical budak UITM yang vogue2 dan act2 sikit. yang kak asfahani, cantik memang cantik tapi disebabkan aku dah dengar die bcakap kat fon dengan kwnnya Nasim, mcm mengada2 je akak ni..Rupenye Nasim tu adalah seorang kawan perempuan..Dosa kering je aku ni.
Rupa2nya diorang berdua ni mmg xbrapa berkenan dengan aku awalnya. Katanya aku ni mcm garang gile, bajet bagus n susah nak senyum..yang last tu mmg btolllah. Semua ni disebabkan sikap aku yang agak poyo mase sesi soal jawab ngn kak min sebelum report duty. "Meeeennnn....."
Diorang ckp aku ni beriya2 nak jadi majistret..Cissss...aku paling geram kalau budak 2 orang ni membangkitkan hal itu..hahahahah..
Hari pertama melapor diri, nadia kamal ni pulak lambat..aku ngn kak asfahani ni menunggu dia di main stairs..hari 1st da lambat...aku da la pantang org lambat2 ni..hahahahahha.. agaknya sebab tu la aku mcm muncung je kut mase tu..hihihihi..sorry nad,
Selepas melapor diri, kami di tempatkan di bilik mesyuarat. Selepas tu terus diberi tugasan untuk cek cause book, duduk dengan puan kana. Yang paling aku xboleh lupa, nadia ckp "dot com.." hahahah..mengantuk rupanya die,main tibai je dot com.
Akhirnya kami diberi bilik belakang utk jadikan office. Di sinilah bermula segalanya..Di sinilah kami kenal hati budi masing2. Di sinilah tercatatnya sejarah.
Asfahani? anak bongsu drp 5 org adik bradik..disebabkan aku sgt selalu mendengar nama adik beradiknya, aku dah naik hafal..sulung, kak anan, ke-2 kak cha, ke-3 kak adom ke4 tajul dan dia kelima. Ayahnya Hj. Hamzah adalah bekas YB. Ust Hamzah. Ibunya Zainun dah kembali ke rahmatullah sewaktu dia form 3 lagi.Ibu dan ayahnya sama2 belajar di Mesir. kak anan suaminya ust zakuan, kak cha suaminya abg dol, kak adom suaminya abg fizi. Tajul, isterinya kak yati. Tajul ade anak kembar. kak cha anaknya afiq. kak hanan anaknya, Abir Husna, Anas Hayyan, Anuar Hakim, Aufa dan Ahmad Husam..Asfahani juga ade 2 org adik yang lain iaitu Fendi dan Osman..asfahani juga ade mama.
| aku simpan tau nadia pic ni..nanti da bukak braces mesti ko boleh buat comparison |
Nadia?? Nadia Binti Mohd Kamal.Anak ke-2 drp 4 adik-beradik. Abgnya seorangh MA di pahang dan dah bertunang. Adiknya Hasan Nur Hafidz buat law. Adiknya Hakim dengan muziknya..Ibunya azizah. seorang ibu yang sangat tabah. Makcik azizah ni sgt warm mukanya..kalau pandang je, rse mcm nak peluk...mak....
masakannya sedap sgt. En.Kamal Hasan, DJ terkenal. darah seni2 aku nampak pada Nadia.
Ade x siapa2 yang ingat semua mcm ni? hahahahha...see..betapalah mereka ni attached to my heart.
Nadia, yang plaing vogue antara kami. pandai bgaya. Dia slalu kata, baju dia murah2 je..kalau pandai mix and match, mesti cantik punya. Disebabkan tu, aku pernah termimpi nadia beli baju sekali ngan tudung siap dengan high heel hanya RM 40.00..hahahah,,nad ko memang cantik.
Tapi rabun nadia ni mmg tahap buta. Ada ke patung disangkanya aku. Orang tanya main futsal tak? dia dengar "thaipusam?" hahahaha...Tak padan dengan rabun, nak juga menegur org..ntah sapa2 yang dia tegur, akhirnya silap org. Nadia nadia!!
Asfahani, yang paling setia duduk di kerusi. Aku dengan nadia dan berpeluh2 bejalan ke sana ke mari, dia duduk je kat kerusi dia buat kerja. Dan kerja dia memang siap dulula..fokus tu penting. Asfahani ni juga ade perangai yang main cakap je..pastu menyesal..hahahahha... "hai dato' keluar dato? lunch ada kan kat enti room?"....hahahahahahah..
| kurusnya asfa mase ni..aku tak sedar. bila ye time ni??hihi |
Akhirnya, hari ini, 1 Mac 2012, setelah hampir 4 tahun bersama, kami berpecah, nadia dan asfahani hari ini memulakan tugas mereka sebagai pegawai sangkut kepada Y.A Hakim, kalau nak glamour sikit, Research Officer la..
![]() |
| Datuk Nadia yang baru sampai..dari 1st day smpi la ni, tetap begini..hahahah |
Bila tengok mereka kemas2 kan bilik, terus rasa nak nangis. Aku ni memang senang sangat nak nangis. Bilik kami di belakang ni akan dijadikan bilik Jurubahasa... huhuhuhu...mesti aku akan sedih bila lalu kat bilik ni lagi lepas ni..
![]() |
| sedihnya, kamu berdua dah pindah atas. |
![]() |
| akhirnya, yang baju kelabu tu tinggal sorang2 :( |
![]() |
| inilah ruang kami solat. aku pasti akan rindu mood magic ko , asfahanina |
![]() |
| bakal Tansri dan CR.. |
Banyak sgt kisah suka kami bertiga..di kelapangan lain aku akan tulis lagi..
Apapun sahabat2ku nadia n asfahani, semoga kalian sentiasa selamat, kerja dipermudahkan, gembira di tempat baru..level 4 je pun,bunyinya mcm jauh je diorang nak pergi...aku memang sygkan korang.
P/s: Asfahani, ingat ni.penggunaan perkataan DI di + tempat adalah jauh... di kanan, di kiri, di atas di bawah, di dalam, di Perak, di Melaka..kalau diaplikasi, digunakan, dimasak, dimakan semuanya dekat..ok..
Nanti kat atas tak kan ko nak tnya kak midah/ nasir pulak..hihihihi :)
dari 1st year aku ajar. 4 tahun da, tak masuk2 juga dalam kepala ko eh..heheheheheh..
WITH LOVE
ejoetheiceberg




