Selepas setahun bekerja, baru aku tekad nak ada insurance. Gaji masa tu tak la banyak, tapi memikirkan hari depan, dan nak mengharapkan aku untuk menyimpan duit yang memang tak tahu bila, aku putuskan juga utk melanggan 1 insurance.
Berdasarkan pengalaman sorang senior aku di UIA, aku rase yang terbaik adalah Takaful Prudential (BSN).Diperkenalkan oleh officemate aku, pertemuan dengan agen diaturkan. Aku ni mmg susah nak paham bab2 mengira ni. Terangla mcm mana pun, aku mmg payah nak paham. Tapi secara generalnya apa yang dapat aku simpulkan dengan Prudential medical card aku ni;
1.aku tahu aku dilindungi insurance sekiranya menghadapi 36 jenis penyakit kritikal nau zubillah ...cancer,
jantung...dll. tapi seberapa banyak duit yang bakal dapat subject to terms and condition.
2. insurance cover sekiranya aku dimasukkan ke wad. nau zubillah...tapi Dah la masuk wad diorang bayar,
aku siap boleh dapat duit lagi selepas discharge dari wad.
3. Insurance tu juga cover any personal injury jika berlaku kemalangan. nau zubillah..
4. dan insurance aku ni juga adalah berupa simpanan di hari tua nanti..
Adik-beradik aku ramai, mana nak tahu apa2 jadi entah2 aku mati tgh jalan ke, at least xdela mati katak. dapat jugakla waris2ku duit. Nak bayar hutang2 aku lagi..
Bergantung kepada usia, aku dikenakan bayaran sebanyak RM 150.00 sebulan. Mula2 tu mmg berkira2 jugakla tiap2 bulan nak kene potong duit gajila katakan. Tapi bak kata officemate aku ni, "gaji kita naik tiap2 tahun". so xde la nak pikir sgt.
Nak dijadikan cerita, hampir beberapa bulan selepas langganan, aku disahkan menghidap FIBROID sebesar 8cm yang mana menurut doktor itu keguguran berulang aku mungkin juga disebabkan oleh fibroid tu. aku pergilah ke hospital kerajaan. 4 kali operation dijadualkan tapi semuanya dicancel atas alasan yang pelbagai yang kadang2 aku rase mcm tak logik pun ade. buku appointment pun dah tebal tapi xjugak fibroid aku tu dibuang. yang bestnya, ade budak opis aku kecik je ketumbuhan die, terus di operate. Agaknya doktor ni kalau nampak kita datang mcm sakit nak mati, baru dorang take serius. Kalau datang segar bugar, mmg tak la.
dah dekat setahun aku berulang- alik ke hospital kerajaan, agen aku bagitahu aku dah boleh guna medical card tu. sbb die ada certain requirement. Aku pun apa lagi, pergila ke KPJ specialist.
Tunjuk je kad tu. Kali pertama pergi, doktor da terus fix date utk date utk operation. next weeknye aku menghantar diriku ke hospital (admission to ward) the next day operate. alhamdulillah....operation bjalan lancar. aku belum pun sedar betul2 dari bius, agen aku dah terpacak kat katil wad aku. Minta resit semua, utk urusan claim. hebat tak agen aku? aku puji die dengan kerja kerasnya dan sikapnya yang ambil berat pada aku. mungkin orang ckp sbb die dapat komisyen...tak kisahla..janji die "JAGA" aku dengan baik.
Benda yang paling menggembirakan selepas operate tu adalah doktor kata aku boleh cuba hamil selepas 3 bulan operation. Tapi aku rehatkan dulu badan ni. bagi betul2 sihat.. yela luka dalaman, mana nampak dah kering ke belum lukanya...
MORAL OF THE STORY
1. insurance, bagi aku satu keperluan utk zaman ni..bukan utk sekarang sahaja, tapi utk hari depan.
2. pilihla insurance yang dirasakan sesuai. pada yang muslim, pilihla takaful yang mana putaran duit kita tu digunakan utk "saudara" kita yang turut melanggan takaful tu. putaran dan sumber bayarannya diketahui tanpa "gharar"/uncertainty.hihihihi..ni la yang aku paham masa belajar islamic transaction law di UIA dulu.
3. nak pilih insurance pun kene tgok2 juga pada agennya. berdasarkan pengalaman aku dan orang disekelilingku, kalau agen tu adalah full time buat insurance, insyallah dia komited dalam memastikan kita buat bayaran bulanan, memastikan claim kita cepat dsb..kalau die part-time je, kite pun kene pahamla org ade komitmen lain ni, agak terbatas juga.
4. kalau boleh, bayaran bulanan tu tolak gaji siap2 lagi bagus. Kalau nak tggu kita buat bayaran "bank in" ni susah sikit.
5. Langganlah insurance, senang hidup insyaallah..