Tuesday, February 28, 2012

betapa teringinnya nak makan nasi minyak org kawin

tak de ke siapa2 yang nak kawin n nak menjemputku dalam waktu terdekat ni?

sejak kecil aku memang ada habit suka sangat nak pergi majlis orang kawin. Benda yang paling aku suka adalah nasi minyak di majlis orang kawin dan juga bunga telur. tapi zaman sekarang dah jarang orang bagi bunga telur. Bunga telur slalunya hanya untuk org yang do the merenjis2 part.kluarga terdekat n sahabat terdekat dengan raja sehari tu sekarang ni. mungkin sebab orang sekarang xtahu apa tujuannya org dulu2 bagi bunga telur. aku pun baru tahu :)

dikhabarkan, telur yang diberi tu adalah lambang "kesuburan" pasangan yang berkahwin tu dan semoga tetamu yang hadir pada majlis pkahwinan pasangan tersebut akan mendoakan semoga pasangan tu mendapat zuriat..sejauh mana kebenarannya, hanya Allah yang tahu.

Orang sekarang bnyknya bagi "Goodie bags" yang dalamnya ada mcm2 tapi jarang sangat nak jumpa yang bagi telur.huuuu!!!! mereka tak tahu, ade seorang tetamu yang mengharap sgt telur diberikan. iaitu aku..makan dengan kicap..pergghhhh rasanya mmg xtercakap..tak percaya cubala buat..rasanya xsama dengan telur rebus biasa yang boleh dibuat di rumah/order kat kedai..

Berbalik kpd tajuk, nasi minyak orang kawin..apa yang special sgt??mungkin ada yang tertanya. Apa yang sedap sgt. Ade je kedai makan biasa yang jual nasi minyak, tapi xdapat menandingi rasenya di rumah org kahwin..mungkin sebab yang memasak tu adalah orang-orang kampung/jiran2 yang semangat gotong-royong dan keikhlasannya diadunkan dalam nasi minyak tu  yang membuatkan ianya sgt sedap. Di kampung aku, ade seorang pakcik "pak uteh" namanya, setiap kali orang kwin dekat kawasan kg aku tu, die akan diiport khas utk masak nasi minyak dan gulai2 lain.. xde nasi minyak setanding nasi minyaknya. Aku harap pak uteh akan turunkan ilmu masakannya kepada anak2 muda di kampung aku, supaya kelak, rasa nasi minyak original itu akan masih dapat dirasa.


Wedding Nashrim..Sedapnya lauk kenduri kat sini.

Disebabkan sangat teringin dengan nasi minyak, pernah sekali tu aku sanggup ke Bagan Nakhoda Omar (Sabak Bernam) semata-mata nak makan nasi minyak kwn pejabat aku kawin, Nashrim.. Punyalah gigih, nasi minyak punya pasal, 3 jam perjalanan xjadi masalah. tapi balik tu aku singgah di rumah nenek belah mak aku di Sungai Besar sambil membawa suamiku menziarahi nenekku untuk kali pertamanya. dan pertama kalinya dia masuk sawah bendang..sambil menyelam minum air jugaklah kiranya ni.



En. Azman Tumir yang 1st time masuk bendang :)


he loves nature so much..

mak, abah, baby itam, nina, mummy fuad, fuad and abg

aku dan dirimu



My 1st School (pre-school and primary school)

Back to School

5.2.2012, setelah 18 tahun meninggal tempat pertama aku menimba ilmu, akhirnya aku kembali menziarahmu wahai "madrasah". Sekolah Kebangsaan Seri Layang, Genting Highlands, Bentong, Pahang. Terima kasih kepada En.Suami yang sanggup melayan kehendak aku untuk singgah ke sekolah. Walaupun matahari sudah mula menunjukkan dirinya, suasana di sekolah tetap damai dan dingin. al maklumlah, tanah tinggi la katakan.. 



kalau ada pak guard, memang aku minta permission untuk masuk




Pintu pagarnya  berkunci. Rasa mahu saja aku terjah masuk. mmmmm...yang bestnya, setelah 18tahun, kedudukan kelas tetap sama. tadikaku masih di tingkat bawah, sebelah kantin, kelas darjah 1 hingga 6 masih di tempatnya sejak 18tahun yang lalu...ohhhhh sekolah betapa aku rindukan kamu. Tempat yang paling aku suka juga masih di tempat lama, Library..Di sekolah inilah aku belajar membaca, mengira, menulis, menyanyi.




Teringat waktu hari pertama aku mula2 masuk ke tadika 6 tahun, abah tinggalkan aku sorang2. Abah dan mak orang lain semua tunggu anak2 diorang sampai habis sekolah pukul 11..Tapi aku, abah tinggalkan sebaik saja aku masuk kelas. Abah bagi duit RM 25.00 sebagai yuran. Abah suruh aku bayar sendiri yuran pada cikgu, aku sedih tapi aku tak nangis. Sebab aku kan kak long. Kak long tak boleh nangis. Murid lain semua abah diorang yang uruskan yuran, tampat duduk, teman diorang waktu rehat dan sampaila waktu balik. Aku pandai2la bawak diri. Tapi bila aku kenang balik sekarang, baru aku tahu, dari awal abah dah ajarkan aku berdiri di kaki sendiri. terima kasih abah sebab ajar "orang" jadi seorang yang berani..





di sekolah inilah, aku belajar hafal sifir, belajar apa itu gotong-royong dan yang paling aku tak boleh lupa, sentence english pertama  yang aku belajar iaitu " excuse me teacher, may i go out to the toilet, please"..ape maknanye pun aku tak tahu mase tu..yang aku tahu, asal nak ke toilet je kena cakap ayat tu..hahahah...so cute..perasan!!


di sekolah inilah aku belajar nasyid..lagu pertama yang aku nyanyi adalah "ibu mithali"..hahahah..entah manala gambar waktu persembahan tu. yang aku ingat, aku pakai baju kurung biru, tudung putih.. tudung tu kedepan sangat dengan anak tudung yang londeh sampai ke kening, dengan hitam meramnya...huuuuhhhh...hahahahha..kelakarnye muka aku mase tu.. tapi gambar tu hilang.


di sekolah inilah juga aku diajar menari untuk persembahan akhir tahun. Darjah 2 masa tu. Abah cerita, masa aku dok buat persembahan, ada bapak orang duduk sebelah abah aku, orang tu siap menggelakkan dan cakap " anak sapela yang menari keras betol tu?" abah diam je..rupenye anak abah.akula tu..sesuka hati pakcik tu mengata aku..hhihiihi...sweetnye moment itu!!kalaulah boleh diulang semula.

Buat guru2 aku, cikgu baharudin bin che ros, cikgu farizatul akma, cikgu zainal dan cikgu2 yang lain, aku sangat berterima kasih atas ilmu kalian. aku antara prototaip cikgu yang menjadi insan yang berguna.."saya dah jadi orang,cikgu"

buat kawan2, Lim Su Yen, Syazana Nordin, Pamela lim Eei Leng, Hakim, Rushdi, Noremiliawatie, Norhayati dan lain2 murid tahun 1 hingga 3 1992 hingga 1994 ...aku sangat rindukan kamu semua..

Semoga sekolah aku satu hari nanti akan jadi sekolah yang terbilang dengan melahirkan anak2 bangsa yang menjadi insan berguna untuk Agama, bangsa dan negara...amiiiinnnnn...

masjid tak jauh dari sekolah. Dah meninggal kut agaknya pakcik bilal dulu tu


pemandangan dari masjid. Nampak PAGODA near to Genting Highlands



Ini adalah  anak kepada "riang-riang"..bunyinya sangatla kuat. xpadan dengan saiz badan dia


Wednesday, February 22, 2012

Menjaga kesihatan DIRI


Info2 di bawah dikumpul hasil tontonan MHI (tv3), rancangan berbentuk info di Astro dan  juga bacaan Mingguan Wanita 


FAKTA
70% penyakit adalah disebabkan oleh keradangan pada salur darah. 


CONTOH PENYAKIT
Jantung, Strok, Ketumbuhan, kanser, Obesiti, dll.


FAKTOR PENYUMBANG
Kurang tidur, STRESS, kurang rehat, gaya hidup yang kurang sihat, merokok, banyak toksid dalam badan, pemakanan.


CARA MENANGANI
1. Dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang berkualiti/lena.

2. Dapatkan rehat yang cukup.

3. Pastikan badan kita cukup air. Minimum 2 liter sehari   (bukan 
    air manis). Water= H2O (hydrogen+ 2 oksigen) is the mechanic   
    of our body

4. Hindari ketegangan. Tangani stress.

5. Jangan tangguhkan niat ke tandas. Menahan najis untuk keluar 
    adalah ibarat mengumpul racun di dalam badan (toksid)

6. Jaga pemakanan. Ubah cara hidup. 

7. Cuti-cuti Malaysia J. di pantai, air terjun, Tempat-tempat ini    
    mempunyai banyak ion-ion positif yang dapat menarik 
    ion-ion negatif di dalam badan kita

INFO
1. Senaman dapat membantu meningkatkan oksigen dalam darah 
    yang dibawa kepada  otak/ badan. Maka bersenamlah.

2. Berjalan adalah senaman paling mudah yang boleh dilakukan di 
    pejabat. bjalan sebab urusan pejabat, bukan bjalan2 keluar dari 
    pejabatJ

3. Bagi yang beragama Islam, solat adalah senaman harian yang 
    paling baik. Jangan tinggal solat. Mbaca al-quran juga dpt mberi 
    ketenangan.

4. Kerap marah-marah, Merasa tertekan, Kerap menangis, bersugul 
    dan bermurung akan meninggikan kadar asid di dalam badan. 

5. Hati yang penuh dengan rasa kasih sayang dapat mengurangkan 
    tekanan.


INGAT !!!

Badan kita mempunyai hak. Hak untuk dijaga.
Akal yang sihat bermula dari badan yang sihat.
Siapa yang akan ubah nasib kita, siapa yang akan jaga badan kita, kalau bukan kita sendiri.