setelah berbulan2 xupdate blog, hari ni rase nak menulis pulak. apa yang akan aku tulis ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri.
"ibu redha, tunggu ibu di syurga, nak..
Penuh syukur, aku diijabkabulkan pada 4.4.2010 (that was 2 years ago). Selang sebulan, aku dapat tahu aku pregenant. wahh..gembirenye tak tahu nak cakap. Budak baru blajarla katakan. Doktor kata aku pregnant 5 minggu?? sedangkan aku baru 4 minggu berkahwin. rupanya baru aku tahu, pengiraan minggu kehamilan bukan dikira dari hari pkahwinan tapi dikira berdasarkan tarikh akhir last period. hahahahah..mmg gelak sendiri bila ingat balik.
nak dijadikan cerita, aku mase tu duduk di Kota Damansara, yang mana rumah en.suami beli terletak di tingkat 5. paling atas skali. kalau campur aras bawah, jadi 6 tingkatla aku mendaki setiap hari. siap bawak beg fail lagi naik ke rumah.. gagah sgtla kununnye..
Yang memusykilkan aku, boleh dikatakan setiap hari ade blood clot. period ke pregnant?? Doktor ni jgn2 menipu aku?? Xpuas hati, aku ke klinik yg sama lagi. Doktor tu ckp, "alah normallah tu kalau ade blood clotting. kalau sakit sangat sampai cramp, tu baru x normal, tu emergency"..ohhh..normal rupanya blood clott tu..
Even bleeding je tiap hari, aku tetap dengan rutin harian, nak tunjuk rajin. cuci bilik air, kemas dapur, angkat baju, sidai baju, semua aku buat, tanpa menghiraukan bleeding tu. Sampailah 1 hari, aku rase pening kpale, aku mc kerja. aku ke klinik. Doktor scan baby aku. ohhh...ade, sebesar anggur je..
30.5.2010
Siap balik kg, bestfriend aku kawin di muar yang juga sekg. dengan mertuaku.Siang penat dengan berkenduri di rumah bestfriend, malam kenduri tahlil di umah mentua. aku ni memang xboleh tengok orang buat keje, ye lah, xkan kite nak duduk tgok je, dah la baru joined the family. Siap angkat nasi, gulai semua aku malam tu...bleeding tetap ade. dah doktor kata normal, aku blasah jela buat keje.
31.5.2010
jam 3.00 pagi, tiba2 rase mcm darah mengalir laju..aku kejutkan en. suami, ajak ke klinik. Siang nantila katanya.aku menahan jugakla. Sian jugak kat die, penat kenduri. Tunggu sampai siang. lepas subuh, tido balik. Dalam pukul 8 tu, makin banyak darahnya. Suamiku bagitau mak mentua. Dengan kakak2 ipar semua menjengah aku di bilik. "Macam gugur je ni". ayat biras aku.haaaaa????????? mak mentua aku selaku orang lama suruh aku dibawa berurut dengan bidan di Parit Amal, kg. sebelah... aku ikutkan je. Sbb katanya pagi2 mcm ni klinik x bukak lagi... adoyaiii..
Sampai di rumah mak bidan, badan aku yg xpernah berurut ni, 1st time diurut. Mak aiiiiii..sakit mcm nak tcabut nyawa..sampai menanges2 aku diurutnye.. siap rase nak tkluar isi badan. Lepas berurut, aku diberi minum air. Dah dikatakan bidan tu adalah ustazah, aku pun yakinlah die mesti baca ayat quran dalam jampi2nya tu. Pastu rase nak tkluar sesuatu. Aku xlarat sgt, sampai hati tu berdetik, aku ni nak mati dah ke? xmahu rasenye mati dalam keadaan comot-momot ni. dengan xmandinye. dengan berkain batiknye..
Suamiku papah aku ke bilik air. Rase mcm nak pengsan. bepeluh2. Lepas membuang, aku rase ok sikit. Bidan tu urut balik. Kalau mengikut katanya, baby aku masih ade..darah pun kurang sikit compared to tadi. Aku pun pulang ke umah mentua.
Jam 12.30 tghari
Darah makin banyak. Kali ni aku paksa suami hantar aku ke klinik. Seperti biasalah, ade juga yang suruh aku berehat, ikut nasihat bidan, baby ada lagi katanya.. Arggghhhhh aku tak mahu, aku nak jumpa doktor. Kami ke Klinik Balbir Singh. Doktor Singh tu kata, aku perlu ke hospital segara. Dia xmahu ambil risiko. Aku dihantar ke Hospital Muar.
Jam 1.15 tghari
Doktor datang ke wad kecemasan, katanya tekanan darahku rendah. Aku terus dihantar dan ditahan di wad. Selang beberapa minit, datangla bermcm2 doktor. tanya mcm2. berapa minggu pregnancy. 8 minggu 4 hari aku jawab. ntah apa2 lagila semua ditanya.
Jam 3.00 ptg
datang seorang doktor perempuan yg agak senior mmbawa aku ke bilik rawatan. "Mulut itik" dimasukkan ke dalam *^%$..uhhhhh... sakitnya. yang paling menyedihkan, bila dia kata
"puan, saya dah periksa, tinggal kantung je kat dalam rahim puan, baby dah xde. saya terpaksa tarik keluar ye kantung ni, sebab di betul2 dah jatuh di pintu rahim puan"....
haaa????dah xde. die siap tanya ade nmpak tak daging keluar? ada rase cramp sakit yang amat sangat x? semua tu aku rase mase di rumah bidan pagi tadi. mungkin masa tu die dah kluar.. huhuhuhuh.
aku memberi keizinan untuk doktor tariknya keluar. lagipun kantung tu kalau xdikeluarkan, bahaya pada kesihatan aku juga. bila ditariknya keluar die tunjukkan, kantung mcm selaput2 di dalam bekas..huhuhhuhuhuu..i lost my baby..nak menenangkan jiwa, ku pujuk hati..
"ibu redha, tunggu ibu di syurga, nak..
MORAL OF THE STORY
once kita tahu yang kita pregnant, JANGAN:
1.buat kerja2 berat. ibaratnya sekarang, semut pun jgnla nak diangkat. semut yang kecik tu pun xboleh
diangkat ni kan pulak kain baju, pinggan mangkuk, beg fail semua bagai.
2.minta en. suami buat kerja rumah. lelaki ni, kalau diberitahu, dia akan paham.
3.better jgn travel jauh2. xpayahlah nak berkenduri ke apa di awal2 pregnancy because that baby inside is
so fragile. kalau dah trimester seterusnya nanti, kendurila kalau teringin sgt nak pergi.
4.blood clott adalah satu "threat" ancaman kepada keguguran "threaten abortion". do not take it lightly. ianya
adalah serius. geram pun ade kat doktor yang kata "normal tu..kalau dah cramp, sakit sgt, baru
emergency" kalau dah sampai tahap cramp tu, baby dah xde mase tu.. so jgn tunggu kalau ade blood clott.
5. banyakkan berehat.. baring, angkat kaki tinggi sikit. jadilah princess sekejap.
6. no stress2.
7. dapatkan nasihat dari yang pakar. Boleh dengan tradisional2 ni, tapi bukan bile dah ade darah2 tu smua.
nanti terlambat.
No comments:
Post a Comment